2011/10/25

kunci cinta lollipop 4

   "Alhamdulillah..akhirnya tamat juga exam SPM kita ye. Hooray! merdeka!" bergema dewan dengan sorakan kegembiraan calon-calon SPM.
   "lepas ni,apa plan kau?" tanya Aisya. keceriaan jelas terserlah di raut wajahnya.
   "entahlah Aisyah.aku plan nak kerja dengan uncle aku. tolong sikit-sikit kat syarikat dia. miggu lepas dia ada call abah aku,tanya aku nak kerja sambilan kat syarikat dia tak sementara tunggu result keluar. abah aku pun suruh kerja kat syarikat uncle aku. aku pun on jela..nak tambah duit poket laa katakan."
   "ooh..i see,jadi lepas ni kau kerja KL lah? bila pula kau nak balik sini? mesti rindu gila babun kat kau nanti" hilang keceriaan di wajah Aisyah.
   " maybe balik sini when nak ambil result kot"
   "erm,ok laa..bila nak bertolak KL?"
   "petang nanti" Farrah Aleena tersenyum cuma. mula merangka rangka barang-barang yang perlu dia bawa ke KL.
   "what?! kau biar betul? petang ni? awalnya..erm..nanti sebelum kau bertolak,aku singgah rumah kau dulu ek. text aku bila kau nak pergi." Farrah Aleena mengangguk..dia pun terasa sedih bila kena berpisah dengan sahabat karib dunia akhiratnya. namun..nak buat macam mana kan?
   " Leena, aku terperasankan sesuatu lah..aku tengok Harith tu dari tadi duk pandang-pandang kau. aku agaklah dia minat kat kau kot." Aisya Insyirah mengangkat-angkat kening gaya the rock. saja nak usik teman baiknya itu.
   "eh, peh-lish sikit ek..aku tak heran laa dia tu. menyampah!" farrah aleena masih ingat lagi perbuatan harith lutfi yang mengenakannya tempoh hari. geramnya terhadap harith masih berbuku hingga hari ini.
   "apa pasal kau tak suka sangat kat dia? aku tengok sikit punya handsome laa..macho lagi tu" tanya Aisya insyirah pelik. sedangkan berduyung-duyung perempuan nakkan si harith tu. Aleena ni memang tolak tuah laa.getus hati Aisya.
   "kau nak tahu sebab pe? sebab..sebab..dia gila!" bersungguh-sungguh Farrah Aleena mengatakannya.
   "hahaha..kau ni..agak-agak laa..nanti yang gila serabai tu lah yang kau duk mimpi-mimpi ngigau-ngigau..angau tak tentu hala kan" Aisya sudah tergelak-gelak dah hampir tahap nak gelak guling guling kat situ.
   " ni apasal kau duk gelak sakan ni..yang sorang lagi muka dah sebijik macam asam kecut? tak nak kongsi ke?" dah mai dah cicak kubing sekolah ni..siapa lagi kalau bukan Ariff dan ridzuan.
   " kau ni..tak kira tempat,ada saja kelibat kau..dah macam hantu pulak. mana aku pergi asyik nampak korang je..alahai..manalah aku harus pergi lagi ni.nasib badan..." Aleena mengeluh.saja nak kenakan dua jejaka poyo sekolah.
   " alah kau..aku sikit punya handsome apa..muka aku macam brad pitt tau..Juan ni pulak macam Chistiano Ronaldo..takkan tak tersangkut lagi kot? hahaha.." lupa nak bagitahu..Juan dan Ridzuan tu orang yang sama.kira nama timangan laa..
   " eh,ada kitorang kisah?" Aleena semakin giat menyakitkan hati mereka.hahaha..rasakan!
   " ek eleh..jual mahal lah korang..puih!" Ariff dan ridzuan sudah bengang tahap tak ingat.mereka terus pergi ke tempat lain.nak mencuba awek baru laa tu..dah gak dah! mereka pergi ke tempat si minah gedik, Nadine..semoga berjaya!
   " hahaha..lawak kartun laa kau ni Leena..yang kau pi layan mamat dua ekor tu apa hal? tapi..gila best laa ayat kau! haha..sokong sokong!" Aisya masih dengan hobinya..ketawa..gelak..ketawa..gelak..agaknya tak penat ke?
   "haha..erm, tak pe lah..aku kena balik dulu..nak packing barang-barang pulak. kau tak nak balik lagi ke?" Farrah Aleena sudah bersiap-siap untuk pulang.dia menarik tangan Aisya.
   " kenapa Aisya?" tanya Farrah Aleena pelik kerana Aisya mengeraskan badannya.mybe ada barang tertinggal kot. fikir Aleena.
   " aku agak Harith nak jumpa kau tu. kau tak nak jumpa dia ke? aku rasa macam dia ada sesuatu nak cakap kat kau. jom kita pergi kat dia. aku curious nak tahu ni..he..he.." kata Aisya sambil menunjuk ke arah seseorang di suatu sudut dalam dewan tersebut. mata Farrah Aleena turut terarah ke Harith. Farrah Aleena menggeleng-geleng kepalanya tanda tak mahu. malas dia nak jumpa dengan mamat perasan macho tu. huh!
   " eh,kau nak pergi mana? tak nak jumpe ke?"
   " tak nak! aku nak balik..kau nak jumpa dia..pergi lah..aku nak balik" Aisya mengangkat bahu tanda menyerah. dia pun turut mengikuti Aleena..yela..hari ni kan hari terakhir dia berjumpa Farrah..nasib badan..


bersambung...~

kunci cinta lollipop 3

"eh hello..malam sikit ek. kalau setakat muka macam korang ni, berlambak kat Pasar Payang tau!" Aleena sengaja menyakitkan hati mereka.
          "hei, mulut kau ni memang tak ada insurans langsung kan?" marah Ariff dan Ridzuan.Aleena menjelirkan lidahnya.suka benar lihat mereka marah.puas hati.
          "dah la Ariff,Ridzuan..aku nak call Aisya. sampai hati betul dia tak ingat birthday aku" lantas Aleena mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Aisya.
          "eh. kau bawa handset ke sekolah ek?" buntang mata mereka.lagak tak percaya gitu.yela,Aleena kan pengawas sekolah.kerek betul!
          "sshh...diam-diam sudah la..ala..macam tak biasa." Aleena tersengih-sengih apabila menyedari rahsianya bocor.Ridzuan dan Ariff hanya mengangkat bahu tanda tak kisah. berkerut-kerut muka Aleena ketika bercakap dengan Aisya.lepas je dia bercakap dengan Aisya,dia terus memandang Aslah dan Juwaidi.
          "ada apa-apa korang nak explain or say or whatever kat aku? sebelum aku cincang-cincang korang macam mak aku blender bawang!" Ariff dan Ridzuan ketawa tebahak-bahak. tak sangka rancangan mereka untuk kenakan Aleena berjaya.
          "eh,bukan salah kami ek..kau tu yang tak ingat tarikh." Ridzuan cuba berlagak cool.
          "malaun betul korang ni! putus fius betul..birthday aku lagi dua hari la bangang. korang memang suka kan tengok aku kena tipu. ish..macam manalah aku boleh percaya kata-kata womenizer macam korang ni. huh! ok la..aku nak balik. lama-lama aku duduk sini boleh kena penyakit jantung, migrain and macam-macam lagi.entah-entah sakit kencing manis pun aku dapat. bye!"Aleena pantas mengambil beg sandangnya dan pulang ke rumah meninggalkan ridzuan dan Ariff yang belum habis-habis ketawa.

===================================

          "Leena..heppy birthday to you. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu and cepat-cepat dapat jodoh" belum sempat Aleena duduk, dia disergah oleh Aisya. hampir terlompat dia dek terkejut yang amat.
          "terima kasihlah Aisya..kau ni..aku belum sempat duduk kau dah terjah aku lagak aku primadona lak. apa-apa pun thank ye! sayang kau Aisya Insyirah binti Fauzi"
          "nah, untuk kau" Aisya memberikan sebuah kotak yang disampul cantik berwarna pink.
         " aik,ada hadiah juga ke? tapi apa pasal warna pink? kau ni..saja je kan..dah tahu aku anti pink" komen Aleena tapi tangannya terus menyambar kotak tersebut. Aisya hanya menggeleng-geleng kepalanya melihat teletah kawannya itu. nampak je brutal tapi dalam hati ada taman.
          "ingatkan tak nak ambil"
          "eh.dah orang bagi. takkan tak nak ambil kot.tolak rezeki tu. aku buka kat rumah ek, cikgu dah masuk tu" mereka terus menuju ketempat duduk masing-masing.

===================================

          " Leena,aku balik dulu ek,aku nak ke hospital" terang Aisya tergopoh-gopah. Aleena hanya mengangguk. hari ni dia kena pulang sendiri tanpa Aisya.
          "Leena ! Leena !" Aleena tidak berpaling. sudah kenal benar denagn suara itu. Harith terkejar-kejar menuju ke arah Aleena.
           " Leena, tunggulah aku, aku nak cakap sesuatu ni !" pujuk Harith separa merayu. letih kakinya cuba menyaingi langkah Aleena. tiba-tiba Aleena berhenti.
           "kau nak apa? sudah-sudahlah ganggu aku. macam tak ada orang lain kau nak ganggu. kan aku dah ganti side mirror motor kesayangan pengarang jantung kau tu. nak suruh aku buat apa lagi? basuh motor kau? sorry lah..aku bukan kuli kau. basuh sendirilah." dengan senafas Aleena menghembur Harith. penat mula terasa.
          "dah habis?" tanya Harith memerli.
          " aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau, aku tahu aku salah. banyak sangat kesalahan aku pada kau. actually, aku la yang letak lipas dalam beg kau. aku jugak yang sorokkan kasut kau masa kau masuk makmal ICT. bocorkan tayar motor kau. tapi sekarang aku menyesal.aku betul-betul minta maaf. kita kan nak exam. kau maafkan aku ek?" harith menunjukkan muka sedihnya.
          " aku..ermm..aku...tak tahu lah..ok lah..aku maafkan. tapi janji jangan buat lagi tau" Aleena tersenyum. dalam hatinya dia bersyukur Harith akan berubah.
           " Leena, sebenarnya saya nak bagi ni. happy birthday" Harith menghulurkan sebuah kotak kearah Aleena lalu berlari meninggalkan Aleena tanpa sempat Aleena mengucapkan terima kasih. bibirnya mengukir senyuman apabila melihat hadiah pemberian Harith. tanpa membuang masa, dia terus membuka kotak itu perlahan-lahan. tanpa diduga, empat ekor katak berada di dlam kotak tersebut. seekor katak melompat ke arah mukanya, nasib baik dia menutup mulutnya..kalau tak...... seekor lagi melompat ke atas tangannya. Aleena menjerit sekuat hatinya kegelian. katak yang sebesar tapak tangannya dengan gembira melompat dari kotak tersebut.dengan badannya yang berkilat macam pakai minyak rambut betul-betul menggelikan. Aleena menyumpah-nyumpah Harith yang telah mempermainkannya itu.



bersambung...~

kunci cinta lollipop 2

"tulah masalahnya . aku ingat dia main-main je. lepas je aku cakap tak nak, dia terus panggil cikgu Rozi. tak sempat aku halang apa yang dia nak cakap. rasa nak hempuk je kepala dia dengan topi keledar. sebelum dia bagitahu cikgu Rozi, aku blah bodoh je." dengan penuh perasaan Aleena bercerita kepada Aisya.
          "hahaha...nak sangat bermain api. nah, terimalah panasnya api tu dengan hati yang berbunga-bunga. padan muka kau. eh,ok la...dah petang sangat ni...hajat nak study dengan kau..dah kau bawa cerita menarik plus sensasi yang deboom ni...takkan nak buat dont know je kan? jom balik. kita jumpa esok pula ye." Aleena mengangguk menggiakan ajakan Aisya. dia begitu penat hari ni. macam-macam perkara buruk terjadi pada dia. pagi tadi dia terlanggar pintu bilik air. tak pasal-pasal timbul bola golf kat dahi. di depan sekolah pula dia terpijak tahi kucing. bau..ya Allah..mengancam! dah la dalam kelas tak semena-mena dia jatuh kerusi..huh! free show habis..semua orang gelakkan dia. malu siot! hari ni betul-betul hari yang malang bagi dia.sebal betul rasa hati tambah-tambah kejadian di tempat parking motor tadi.menyesakkan jiwa raga betul. dengan hati-hati Aleena bangun, takut terjatuh kerusi lagi. Aleena melangkah longlai ke arah skuter pink kesayangannya itu.
          "farrah Aleena, Leena! tunggulah aku" Aleena berpaling mencari tuan punya suara yang memanggil namanya. siap dengan nama penuh lagi lagi. nasib baik tak sebut sekali nama ayah aku. detik hati Aleena. dalam sedang mencari-cari orang yang memanggil namanya, dia terlihat kelibat seseorang di sebalik tiang sedang tersengih melihat ke arahnya. sah! memang si mangkuk hayun tu. Aleena terus berlari menuju ke arah motornya. dalam fikirannya, dia ingin cepat-cepat sampai kerumah. tak sanggup nak berdepan dengan makhluk halus tu lagi. malangnya,dia terlanggar tiang di hadapannya. berdengung kepalanya seketika. dia terdengar suara orang ketawa. malunya bukan kepalang. terus dia mengambil motornya dan pulang ke rumah. sempat lagi Aleena mendengar suara sumbang Harith dan gelak ketawa kawan-kawannya.
          "buat apalah kau pergi peluk cium tiang yang boleh dikategorikan sebagai besi buruk ni.baik kau peluk aku.aku tengok macam nak patah je tiang ni. mesti sakit kan? hahahaha...''

===================================

          sedar tak sedar,sudah 8 bulan Aleena,Aisya dan pelajar-pelajar lain bersekolah di tingkatan5. tahun ni merupakan tahun yang penting bagi mereka kerana tahun ini jugalah mereka akan menduduki peperiksaan SPM. cuma tinggal sebulan lebih lagi.
          "huh! letihnya hari ni...pagi kelas,petang kelas..malam ni pun kelas" Aleena mengeluh keletihan. Aisya sudah pulang kerumah kerana igin melawat neneknya yang sakit. Aleena pula tidak biasa pulang awal ke rumah tetapi paling lewat pada pukul 5.30petang. dia bimbang emaknya risau kalau dia pulang lewat. sedang asyik termenung, dia terpegangkan sesuatu dalam mejanya. sekuntum bunga plastik dan sekeping kad berbentuk hati colour pink. "cintaku padamu tidak akan mati selagi kelopak bunga ros ini tidak gugur" Aleena tersenyum. dia terfikir-fikir siapakah lelaki misteri yang memberi kad tersebut. romantik betul. memanglah kelopak bunga ni takkan gugur kerana bunga ni bunga plastik.sebenarnya sudah banyak kali dia menerima kad-kad comel daripada seseorang ni. dia hanya menyatakan bahawa dirinya secret admirenya dan di setiap kadnya tertulis HLML.
          "hai sayang..sorang je ke? kami berdua temankan boleh?" tersentak Aleena dari lamunan. dia berpaling kearah ariff dan Juwaidi ridzuan. herm,dah agak...memang dua ekor cicak ni pun yang suka ganggu aku. aku hempuk kepala diorang..nangis tak berlagu dan tak bermelodi karang.
          "korang nak apa?"
          "amboi..garangnya sayang. kami just nak wish Happy Birthday je kat kau. hari ni birthday kau kan?" Ariff memberitahu tujuan sebenar mereka.
          "oh,yela...terlupa pulak aku. terima kasih. aku ingatkan lusa birthday aku.nampaknya aku silap tarikh ek? thanks ek korang. korang la orang pertama yang wish kat aku hari ni. terharu betul. ingatkan cicak macam korang ni perangai macam mengkarung. rupanya perangai macam cicak jugak ek..hahaha"
          'amboi..amboi..aku cabai mulut hang baru tahu. cicak-cicak ni juga yang kau tergila-gilakan nanti" ridzuan mengangkat kening double-jerk.



bersambung...~

kunci cinta lollipop 1

"huh! geram betullah aku dengan mamat poyo nak mampus tu!" Aisya yang sedang study terganggu apabila mendengar suara Aleena yang sedang marahkan seseorang.segera dia menutup buku Fiziknya dan terus menuju kearah Aleena.
          "pehal kau ni Aleena? tetiba je mengamuk. datang bulan ek?" Aisya mengangkat kening double-jerk bila melihat mulut Aleena yang memuncung mengalahkan mulut itik.
          "takda lah..aku geram kat beruk sekor yang takde bulu tu.suruh ganti dah la..ni nak mengarah aku suruh basuh dia punya motor pula!"
          "hahaha..sejak bila sekolah kita bela beruk ni? tak penah dengar pula desas desus pasal beruk ni" Aisya ketawa terbahak bahak.dah faham sangat dengan kawan dia ni.memang pantang kalau ada orang buat dia marah.hangin satu badan.confirm keluar ayat-ayat berkuasa tinggi."cuba kau cakap kat aku,sapa yang buat kau taufan ni?" tanya Aisya kembali bila soalan tadi tiada respon dari Aleena.
          "entahlah Aisya..aku tak tahu pun nama dia" Aleena mengangkat angkat bahunya.
          "okey...cuba kau bagitahu ciri-ciri dia.mana tahu kot-kot aku kenal..boleh aku tibai je muka dia macam roti canai sebab dia dah buat kawan aku ni ribut taufan hari ni..hehe"Aisyah tersengih-sengih melihat Aleena menjuihkan bibirnya.
          "erm..macam mana nak cakap ek?"
          "guna mulut la" belum sempat Aleena menghabiskan ayatnye..Aisya pantas menyampuk.
          "kau ni..aku belum habis cakap lagi.kau nak rasa buku lima aku ke ha?"bengang Aleena semakin bertambah.Aisyah menunjukkan muka tak bersalah.
          "dengar lah ni aku nak cakap.dia tinggi-tinggi..agaknya aku paras bahu dia kot.kulit tak lah cerah mana dan bukan dalam kategori gelap and muka dia macam whiteboard dalam kelas kita ni..tak bulat dan tak bujur.rambut dia ala-ala brown sikit. macam kpop la lagaknya.muka dia macam mix je aku tengok.aku tak sure la kaki dia pendek sebelah atau tak sebab aku tengok dia jalan tak betul je"Aleena menerangkan satu persatu ciri-ciri mamat poyo itu. Aisya dari tadi tergelak-gelak mendengar ciri-ciri lelaki itu.gelak sakan Aisya waktu tu.
          "hahaha..kau ni Leena..ada-ada je ayat power kau tu.aku rasa aku boleh agak siapa dia tu"Aisya mengangkat-angkat kening bangga kerana dapat meneka dengan cepat.
          "siapa? siapa dia tu? alien or monyet dari hutan?" Aleena bertanya tidak sabar.
          "dia tu sebenarnya mafia kat sekolah ni.kalau tak silap aku..nama dia Harith..harith lutfi kot..kot la.hobi dia kacau budak perempuan yang cun-cun.tapi kalau perempuan yang muka dia macam tempurung kelapa..sebelah mata pun tak pandang.poyo!" Aisya bercerita serba sedikit tentang Harith.
          "kau kenal dia ke?"berkerut-kerut muka Aleena bertanyakan soalan tu.
          "of course la beb! dia tu ketua samseng sekolah ni.takkan kau tak kenal..amazing betul lah..kaki dia yang kau tengok macam pendek sebelah tu pasal dia baru lepas gaduh dengan junior form4 dua hari lepas.tapi kan..walau dia tu samseng tahap puaka..muka dia hensem beb! macam pelakon korea gitu.maklumlah..kacukan korea melayu..memang muka pun tak nampak melayu sangat.aduh...cair hatiku" terbayang-bayang wajah Harith ala-ala pelakon korea.
"eh,tadi apa yang dia buat kat kau sebenarnya?"tanya Aisya hampir terlupa.
          "tak ada la..tadi aku terjatuhkan motor dia,.side mirror dia patah.aku minta maaf kat dia dan janji nak ganti balik.pastu kau tahu dia cakap pe? dia ckap..ok,kau ganti side mirror motor kesayangan aku ni tapi sebelum tu kau kena basuh dulu motor ni.kalau kau tak basuh,aku akan cakap kat semua orang dan kat cikgu Rozi tu yang kau ni makwe aku.amacam? ada berani?hehe..sebenarnya aku tak kisah kalau kau tak nak basuh..tu pun kalau kau nak tanggung malu laa..kalau orang tanya macam mana kita couple..aku akan cakap kau yang merayu-rayu minta couple dengan aku.well...aku senang je.."jelas Aleena meniru gaya Harith siap dengan mimik muka lagi.
          "fuuyoooo...biar betul.wahhh!! untungnya kau.kalau aku jadi kau..time tu jugak aku terima pelawaan dia tau."
          "untung kau cakap? untung kepala hotak kau! aku rasa nak sembelih hidup-hidup je si babun tu. buat sakit hati betul"
          "dah tu kau basuh la motor dia?"
          "of course la not sayang. takkan aku nak jadi pak turut lak membasahkan baju aku semata-mata nak basuh motor buruk kepala ikan dia tu''
          "motor buruk apa lak..smart la motor dia.kalau tak silap aku motor Modenas CTric no plat HLM1437. eh,dah tu kau cakap kau tak basuh motor dia.,so..kau terima ke ugutan dia tu? biar betul kau ni! maju setapak" tiba-tiba Aisya teringatkan ugutan Harith.





bersambung...~

2011/10/21

pengenalan watak

ni cerpen pertama aku sebenarnya..
kepada sesapa yang baca cerpen aku..aku harap korang dapat komen aku punye cerita..kasi semangat sket kan..ye dak? aku suke sangat kalau ada orang sudi support aku dalam hasil tulisan aku ni..suke sangat2

cerpen aku ni bertajuk KUNCI CINTA LOLLIPOP..kenapa aku pilih tajuk tu? sebenarnya aku bayangkn cinta ni macam lollipop..warna warni yang ceria..bila kita sudah makan..kita kena habiskan...takut semut laa kan..perkataan kunci tu idea yang ntah dari mana datang
pada aku..untuk buka hati atau cinta seseorang..kita perlukan kunci khas..
kunci yang real dan tiada kat mana mana..kunci sebenar ialah hati kita sendiri..

WATAK:

1.farrah aleena (watak utama)

2.harith lutfi (watak utama)

3.fasha areena (adik farrah aleena)

4.aisya (kawan farrah aleena)

5.syameela/mia (kawan farrah aleena)

6.zacquan helmi (kawan harith lutfi)

7.reezal zhafran/reez (kawan harith lutfi)

8.daniel fitri/daniel (kawan harith lutfi)




tu jer watak watak yang utama dan banyak dalam cerpen aku..
dan sekarang aku nak perkenalkan diri aku pula..hehe..sorry perkenalan si penulis sebenarnya tak penting pun kan..tapi bia laa..saje nak cipta glamor..
hehehe..grrrr


ngee~ my best posing ever! AHHA..
sory laa..aku ni memang suke cipta glamor..tapi tak suke laa duk tayang tayang body ke hape2 yang sewaktu dengannye ye..
oke..my name is athania denana [name dalam internet]
i'm going to 7-teen next year(2012)
SPM candidate in 2012
live at terengganu darul iman
anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik
of coz i'm a girl sperti sedia maklum
thats oll kot..ahaks!
tenkiu..



 
Copyright at 2011-2012,Design and Template Edit by Alyaeyanaqaisara